Friday 15 July 2011

sinopsis artikel saya

Pengajaran bahasa menggunakan ICT hendaklah menepati  kehendak pendidikan. Penggunaan ICT dalam bilik darjah dapat meningkatkan produktiviti dan menambahkan motivasi, menyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang unik dan meningkatkan literasi maklumat. Guru harus memainkan peranan dan focus kepada penggunaan ICT dalam pengajaran bahasa. Beberapa isu yang mengganggu keberkesanan pengajaran bahasa seperti  masalah penguasaan kemahiran asas  bahasa seperti lisan, membaca dan menulis.
Bahan bantu mengajar yang dikaitkan dengan pengajaran berbantukan komputer merangkumi penggunaan LCD, bahan bantu elektronik dan sebagainya.  Hasil kajian mendapati  bahawa guru tidak selesa mengajar bahasa menggunakan komputer, kurang mampu menggunakan internet, tidak  banyak masa untuk menyediakan bahan. Kesan mendapati penggunaan komputer hanya terhad kepada kemahiran membaca sahaja dan tidak sesuai untuk karangan. Sampel kajian juga tidak menguasai dengan baik.
Kekangan dalam pelaksanaan menunjukkan masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran dan tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan bahan. Sistem penyelenggaraan yang tidak cekap di sekolah juga menjadi kekangan. Rumusannya juga guru perlu menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer agar dapat memantapkan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi kesan optimum kepada pelajar.

3 comments:

  1. Guru perlu bijak memainkan peranan sebaagai jurulatih bagi memahirkan murid dalam penggunaan ICT yang tidak terhad kepada permainan 'game' sahaja...

    ReplyDelete
  2. Peranan guru yang membimbing akan menjadikan murid berilmu.

    ReplyDelete
  3. Bidang ICT menuntut guru-guru supaya lebih bersabar dalam meneroka ilmunya.

    ReplyDelete